Facebook Gaming Kini Ditawarkan Untuk Android – Memudahkan Penstriman Permua Ke Facebook

Facebook Gaming Kini Ditawarkan Untuk Android – Memudahkan Penstriman Permua Ke Facebook

Diterbitkan pada Apr 20, 2020 oleh .

Facebook hari ini telah menerbitkan aplikasi Facebook Gaming untuk Android, sekaligus memudahkan lagi pengguna mengikuti dan berinteraksi dengan kandungan memfokuskan permainan melaluinya.

Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna akan diminta untuk memilih permainan kegemaran mereka, selain penstrim kandungan yang diminati terlebih dahulu. Seterusnya, ia akan memaparkan kandungan yang mungkin menarik minat anda melalui aplikasi tersebut.

Facebook Gaming

Selain menonton strim orang lain, anda juga boleh turut berinteraksi dengan rakan-rakan yang mempunyai minat sama melaluinya. Pada masa yang sama, anda juga turut boleh strim permua dari telefon pintar terus ke Facebook dengan mudah melaluinya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Facebook Gaming ini hari ini, dan menggunakannya sebagai hab permua anda hari ini.

Muat-Turun Facebook Gaming untuk Android



TIPS & ULASAN