Cari @ Amanz

Motorola sejak kebelakangan ini hanya fokus dengan peranti kelas pertengahan sahaja. Peranti mercu mereka dan peranti kelas pertengahan premium, Edge dan Edge+ akan dilancarkan pada minggu ini. Masing-masing akan menggunakan skrin OLED melengkung dan dijana Snapdragon 865 dan Snapdragon 765G. Tetapi, Motorola tetap akan kekal dengan melancarkan peranti mampu milik. Pada akhir suku kedua tahun ini, mereka dijangka akan memperkenalkan siri One Fusion.

Akan terdapat dua peranti dalam siri ini, satu ialah One Fusion dan satu lagi One Fusion+. Motorola telah membuat keputusan, mungkin akan menggunakan cip usang Snapdragon 675 dan kamera utama 12MP pada One Fusion+. Ia akan menyertakan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Ia turut akan mempunyai sokongan dwi-SIM dan disebabkan ia adalah peranti asas, tiada NFC disertakan. Menurut laporan, akan terdapat dua warna pilihan iaitu Light Blue dan Light Brown.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd