Cari @ Amanz

Xiaomi Mungkin Akan Hadir Dengan Redmi K30i – Peranti 5G Pada Harga Lebih Mesra Poket

Link Copied!

Peranti 5G adalah peranti generasi baru. Kebanyakan pengeluar, kini memfokuskan penawaran 5G untuk peranti-peranti mereka. Sayang sekali, semua peranti 5G berharga amat mahal dan mencecah lebih RM2K dan ada juga yang menghampiri RM5K. Xiaomi walau bagaimanapun, terkenal dengan penawaran peranti pada harga mampu milik. Terkini, terdapat ura-ura yang merekan akan hadir dengan peranti Redmi K30 baharu dengan sokongan 5G da dijual pada harga sekitar RM1000 sahaja.

Menurut sumber, peranti ini adalah Redmi K30i. Kamera 64MP akan digantikan dengan kamera 48MP. Spesifikasi lain masih tidak diketahui. Tetapi peranti ini dikatakan akan dijual pada harga RMB 1799 sahaja, iaitu sekitar RM1113. Jika benar peranti ini akan dilancarkan tidak lama lagi, ia mungkin akan menjadi peranti 5G mampu milik.


Komen ()