Cari @ Amanz

Semasa pelancarkan Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro, Xiaomi turut mengumumkan aksesori pengecas pantas baharu mereka yang mempunyai kuasa sehingga 65W. Pengecas ini menggunakan teknologi GaN, iaitu teknologi yang boleh mengawal arus elektrik yang lebih baik dan juga mengawal aliran haba.

Terkini, Xiaomi telah menghentikan penjualan pengecas ini kerana ia mempunyai kerentanan yang mudah digodam oleh penggodam. Ini kerana, pengecas Xiaomi ini menggunakan cip eFlash/MTP yang boleh ditulis semula untuk membaiki sebarang masalah dan mengemaskini protokol pengecasan mereka. Secara tidak langsung membenarkan para penggodam, menggodam pengecas ini untuk mengalirkan kuasa yang lebih tinggi, yang boleh membahayakan produk dan juga pengguna.

Menurut sumber, Xiaomi dikatakan akan hadir dengan jalan penyelesaian tidak lama lagi. Pengguna yang sudah membeli pengecas ini juga tidak perlu risau, kerana teknologi pengecasan ini adalah berasaskan Power Delivery. Kemudian, peranti Mi 10 sudah mempunyai perlindungan arus voltan berlebihan untuk memastikan peranti tidak menerima arus voltan tinggi. Akan tetapi, aksesori USB-C seperti pembesar suara, set fon telinga, dan lain-lain mungkin akan terkesan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd