OnePlus Memperlihatkan Variasi OnePlus 8 Dengan 6GB RAM Untuk Pasaran India

OnePlus Memperlihatkan Variasi OnePlus 8 Dengan 6GB RAM Untuk Pasaran India

Diterbitkan pada Apr 21, 2020 oleh .

OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro adalah peranti mercu baharu OnePlus untuk tahun ini. Kedua-duanya menggunakan elemen rekaan mirip OnePlus 7T (pada bahagian belakang), kecuali kini dengan penggunaan skrin berlubang. Untuk OnePlus 8 Pro, ia kini adalah sebuah peranti mercu premium dengan sokongan IP68 dan pengecasan nirwayar. Harga juga mencecah lebih RM4000.

Baru-baru ini, OnePlus telah melancarkan siri OnePlus 8 di India. Menariknya, OnePlus turut menawarkan variasi lebih murah dan rendah – iaitu OnePlus 8 dengan memori 6GB RAM dan storan 128GB. Harga jualan pula hanya ₹41,99, iaitu sekitar RM2397. Walau bagaimanapun, jualan hanya eksklusif untuk pasaran India melalui laman web Amazon sahaja.

Untuk jualan di Malaysia, tarikh dan harga masih tidak diketahui. Versi di Malaysia adalah versi global, adakah kita akan lihat variasi 6GB untuk OnePlus 8 atau harga jualan OnePlus 8 Pro yang dekat dengan harga jualan India, iaitu ₹59,999 (~RM3424).



TIPS & ULASAN