Microsoft sebelum ini telah bereksperimen dengan sebuah tablet bersaiz kompak yang mudah dibawah, dinamakan sebagai Surface Go. Kini, hadir laporan baru mengatakan Microsoft bakal memperkenalkan kemaskini untuk model berkenaan seawal bulan hadapan.
Surface Go 2 dijangka hadir dengan skrin bersaiz 10.5-inci dengan rekaan bingkai yang sedikit kurang tebal, dilengkapi memori asas 4GB RAM, dan storan asas 64GB.
Dari segi rekaan luaran, ia dikatakan mungkin menyerupai sedikit seumpama model sebelum ini, sekaligus memudahkan penggunaan pelbagai aksesori sedia ada.
Disamping itu, Microsoft turut dijangka memperkenalkan komputer riba Surface Book 3 pada acara sama yang dijangka hadir dengan cip Intel Core Gen-10 bersama dengannya.
Microsoft dijangka memperkenalkan ia seawal bulan Mei kelak. Apa pun, dengan penularan wabak Covid-19, perancangan berkenaan mungkin berubah. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai penawaran peranti dibawah keluarga Surface ini.