Cari @ Amanz

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan agar mencuci tangan dengan teratur untuk mencegah penularan virus COVID-19. Sehubungan itu, Samsung kini memperkenalkan aplikasi baharu dikenali sebagai ‘Hand Wash’ pada jam pintar keluarannya untuk membantu pengguna mencuci tangan secara berkala dan memastikan setiap cucian dilakukan dengan teliti seperti yang disyorkan oleh WHO.

Aplikasi ini dilengkapi dengan peringatan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan jadual pengguna. Setiap kali pengguna memulakan cucian, aplikasi ini akan mengesan masa dan memberi maklum balas dalam masa nyata. Pada masa sama, ia juga akan memberi peringatan sekiranya pengguna melebihi tetapan masa cucian yang ditetapkan.

Selain daripada itu, aplikasi ini juga membolehkan pengguna mengesan trend mencuci harian mereka untuk membina gaya hidup sihat dalam jangka masa tertentu. Bagi yang berminat, aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi gedung Samsung Galaxy Store pada peranti Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd