Carian
Netflix Memperkenalkan Ciri Screen Lock Untuk Peranti Android
April 21, 2020 Nazrin

Beberapa bulan lalu, Netflix telah memperkenalkan pelan khusus untuk mereka yang hanya menonton siri televisyen dan filem melalui peranti-peranti pintar mereka, dan kadangkala apabila memegang peranti, mereka akan menyentuh skrin secara tidak sengaja, menyebabkan strim dijeda atau digerakkan ke hadapan atau ke belakang.

Terkini, Netflix telah memperkenalkan ciri Screen Lock untuk mengunci paparan skrin daripada ditekan secara salah apabila mereka sedang menstrim di platform tersebut.

Ciri ini dapat dilihat di bahagian bawah apabila anda sedang menonton video, dan ia akan membuang butang main dan lompat waktu apabila diaktifkan. Untuk menyahaktifkannya, anda hanya perlu menekan butang Screen Lock tersebut sebanyak dua kali.

Buat masa ini, ciri Screen Lock ini hanya hadir pada peranti Android, dan ia tidak diketahui jika peranti iOS akan menerima ciri ini.

Komen