Terdahulu, Facebook, Twitter dan Instagram telah menyertakan ciri khusus yang memperlihatkan berita mengenai wabak Covid-19. Terkini, Microsoft turut menyertakan ciri khusus ini secara langsung dan boleh ditemui menerusi kotak carian pada Windows 10.
Anda hanya perlu klik pada kotak carian. Kemudian, pada bahagian ‘apa yang berlaku’ akan memaparkan pautan kemas kini terbaru mengenai wabak ini. Termasuklah mengenai tajuk berita utama dan kemampuan untuk mengesan wabak Covid-19 pada peta interaktif.
Ia menggunakan peta interaktif pada aplikasi carian Bing untuk lebih spesifik untuk kawasan berbahaya, selain turut memaparkan perincian penting seperti statistik pemulihan, jangkitan dan kematian. Statistik ini boleh diakses secara global atau negara. Anda juga boleh terus ke pembacaan berita terkini menerusi pautan tersedia.