Untuk sistem operasi Android, terdapat beberapa kedai aplikasi yang ditawarkan oleh penyedia bebas. Salah satunya adalah Aptoide, dan kini ia didapati kedai aplikasi berkenaan mengalami kerentanan sekuriti, mengakibatkan data pengguna mereka tertiris.
Ketirisan ini dikatakan melibatkan data seperti nama, alamat emel, dan juga kata laluan (yang di-hash), serta beberapa info lain.
Bercakap mengenainya sendiri, pihak Aptoide mengatakan 97% pengguna mereka menggunakan perkhidmatan berkenaan tanpa mendaftar sebarang akaun.
Menurut Aptoide, sekitar 8.8 juta data pengguna terlibat dalam ketirisan ini, sementara 32 juta mendaftar menggunakan akaun Facebook atau Google tidak terjejas menyeluruh kerana pelayan hanya menyimpan data berbentuk alamat emel dan alamat IP.
Buat masa ini, pihak Aptoide telah menutup pendaftaran baru, log masuk, dan komen pada perkhidmatan mereka sehingga mereka dapat mengatasi masalah ini sepenuhnya. Sebaik sahaja selesai, Aptoide mengatakan akan set kembali kata laluan semua pengguna perkhidmatan berkenaan.