Cari @ Amanz

Bila tiba sahaja Aidilfitri, pasti terlintas dalam fikiran untuk membeli pelbagai persiapan termasuklah baju raya, perhiasan rumah dan sebagainya. Sehubungan itu, Shopee kini mengadakan kempen ‘Raya Bersama Shopee’ yang membolehkan anda menikmati pelbagai tawaran menarik disamping memenuhi segala keperluan.

Kempen ini bermula sekarang sehingga 26 Mei ini. Melaluinya, Shopee menyediakan pelbagai penawaran hebat dan menarik. Antaranya seperti jualan keperluan harian pada harga serendah RM10 dan penghantaran percuma untuk pembelian minimum RM19.

 Selain itu, Shopee juga mengadakan kempen khas seperti “Jualan Hebat Raya” yang berlangsung pada 23 dan 24 April serta “Jualan Pesta Raya” pada 14 dan 15 Mei. Melalui kempen khas ini, Shopee menawarkan potongan diskaun sehingga 80%, tawaran RM1 untuk produk terpilih dan penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM10 bermula jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Pada masa sama, Shopee juga memudahkan aktiviti membeli belah untuk pengguna menerusi fungsi Salam By Shopee. Di mana ia akan memudahkan pengguna untuk mencari produk halal, peralatan solat, produk kosmetik mesra wuduk, fesyen muslimah, resepi raya dan banyak lagi. Menerusinya juga anda boleh menyumbang derma kepada organisasi – organisasi amal.

Bagi memeriahkan lagi musim perayaan ini, Shopee juga membawakan pelbagai hiburan dan kegembiraan kepada pengguna dengan membawakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dinikmati di rumah seperti Shopee Live, Shopee Games dan Duit Raya (pemberian e-Duit Raya melalui e-dompet ShopeePay).

Kempen Raya Bersama Shopee ini disokong oleh sejumlah jenama terkemuka Malaysia seperti Nestle, P&G, Enfagro dan banyak lagi. Dengan penawaran menarik ini, musim perayaan pada kali ini pastinya penuh dengan makna, meskipun disambut mungkin sedikit berbeza.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd