Xiaomi Akan Melancarkan MIUI 12 Pada 27 April – Memfokuskan Mod Gelap Baharu

Xiaomi Akan Melancarkan MIUI 12 Pada 27 April – Memfokuskan Mod Gelap Baharu

Diterbitkan pada Apr 21, 2020 oleh .

MIUI adalah sistem operasi tersendiri daripada Xiaomi yang dibina berasaskan Android. Melalui MIUI, Xiaomi meminjam beberapa konsep dari iOS dan Android asli untuk menjadikan sistem operasi mereka lebih mesra pengguna dan mudah digunakan. Buat masa ini, kebanyakan peranti Xiaomi menjalankan MIUI 11 yang diperkenalkan pada secara global pada hujung tahun lepas.

Minggu hadapan, Xiaomi akan melancarkan versi MIUI terbaru iaitu MIUI 12. Ini agak pantas bagi Xiaomi kerana masih banyak peranti Xiaomi tidak menerima lagi kemaskini MIUI 11. Tetapi MIUI 12 sudah akan diperkenalkan. Tarikh pelancarannya adalah 27 April dan Xiaomi sudah pun mula mengacah sedikit demi sedikit fungsi dan ciri MIUI 12 ini melalui laman Weibo mereka. Seperti biasa, MIUI 12 akan diperkenalkan untuk pengguna China terlebih dahulu sebelum diedarkan kepada pengguna global.

Berikut adalah beberapa ciri dan fungsi MIUI 12;

  1. Sistem operasi pertama dengan pengiktirafan rasmi perlindungan TUV Rheinland. Ia adalah teknologi bagi memastikan keselesaan dan kesihatan mata pengguna ketika menggunakan peranti.

  2. Antaramuka kamera baharu, dengan kawalan gestur akses pantas kepada pelbagai mod dan tetapan.

  1. Dark Mode 2.0 adalah fokus utama mereka, kerana melalui mod gelap baharu ini akan terdapat pelbagai perubahan pada antaramuka dan sistem.
    • Mod gelap akan diaplikasikan secara lebih menyeluruh dengan 42 aplikasi sistem menyokongnya, 20 aplikasi popular mampu menggunakan mod tema gelap dengan fungsi kustomasi baharu dan pelbagai aplikasi lain akan menyokong algoritma warna baharu.
    • Algoritma ini mampu mengesan elemen-elemen antaramuka dengan jitu dan mengubah warna secara dinamik.
    • Penggunaan warna juga adalah lebih meluas dan kelihatan lebih natural.

  1. Mod kecerahan automatik baharu turut akan diperkenalkan, dengan kontras warna yang lebih baik mengikut keadaan mod cerah atau gelap.

  2. Font tulisan turut akan dikemaskini dengan kesan dinamik, mengikut mod tema yang digunakan. Ia boleh auto-laras dari segi ketebalan teks, dan mengurangkan silau.

  1. Akhir sekali adalah gambar latar belakang turut akan mempunyai fungsi malap automatik, mengikut masa nyata. Jika siang ia akan lebih terang dan malam akan menjadi lebih gelap.


TIPS & ULASAN