Apakah emel pertama yang anda terima? Masihkah anda ingat? Emel pertama kami adalah dari seorang teman jarak jauh yang dikenali menerusi MIRC. Pada waktu tersebut (1995), emel adalah sesuatu yang unik kerana tidak ramai orang mempunyai akses kepada Internet. Selepas suku dekad kini saban hari kami diserang ratusan emel kerja dan ratusan lagi emel spam. Dengan wabak Covid-19 yang kini menjadi isu utama global, penipuan berasaskan virus ini juga meningkat naik.
Setiap hari Gmail menghalang 18 juta emel penipuan dan perisian hasad berasaskan Covid 19. Emel-emel ini menggunakan alamat palsu kononnya ia dihantar oleh WHO, badan kerajaan dan bank. Kesemua emel penipuan dan perisian hasad ini dihalang sebelum diterima menggunakan pembelajaran mesin. Selain itu sebanyak 240 juta emel spam berasaskan Covid-19 juga dihalang menggunakan sistem yang sama.