WhatsApp hari ini telah menawarkan kemaskini untuk aplikasi WhatsApp Beta, sekaligus membawa kepada kebolehan membuat panggilan berkumpulan sehingga 8 orang.
Buat masa ini, versi stabil WhatsApp hanya menawarkan kebolehan panggilan suara kepada sehingga 4 orang (termasuk pemanggil) pada sesuatu masa. Dengan kemaskini baru ini, ia membolehkan angka berkenaan digandakan, dan memudahkan anda berkomunikasi dengan lebih ramai orang pada sesuatu masa.
Ciri ini hanya ditawarkan pada WhatsApp Beta untuk Android buat masa ini, dan untuk menikmatinya, semua penerima panggilan juga perlu menggunakan versi terbaru aplikasi WhatsApp berkenaan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia.