Epic Games Tunduk Kepada Google – Menerbitkan Fortnite Di Play Store

Epic Games Tunduk Kepada Google – Menerbitkan Fortnite Di Play Store

Diterbitkan pada Apr 22, 2020 oleh .

Epic Games sebelum ini telah hadir dengan permainan popular Fortnite yang ditawarkan untuk pelbagai platform. Namun, untuk versi Android, mereka memilih untuk tidak menerbitkannya di Google Play Store kerana perlu berkongsi pendapatan untuk pembelian dalam-aplikasi bersama Google.

Namun, kini selepas 18 bulan, Epic Games dilihat terpaksa tunduk dengan Google, dan telah pun menerbitkan aplikasi permua Fortnite di Google Play Store. Sebelum ini mereka tidak ingin menerbitkannya kerana penerbit kandungan perlu memberi 30% pendapatan pembelian dalam-aplikasi kepada pihak Google Play.

Epic Games melalui kenyataan mereka mengatakan Google meletakkan aplikasi yang diterbitkan luar Google Play Store dengan sedikit kegusaran terhadap pengguna – memandangkan Google akan memaparkan amaran sekuriti dan sebagainya. Ini adalah untuk mengelak pemasangan aplikasi tidak asli, atau malware oleh pengguna. Tetapi untuk penerbit seperti Epic Games yang menawarkan permainan di luar Play Store, ia mungkin turut membawa kepada kebimbangan dikalangan pengguna dalam menggunakannya.

Disebabkan oleh hal ini, Epic Games telah pun menerbitkan Fortnie di Play Store.

Pada masa yang sama, walaupun Epic Games dilihat memberi alasan kukuh, ia boleh dikatakan mereka gagal mencuri angka pemain yang tinggi dari platform Android dengan menerbit permainan mereka diluar Google Play Store – dan terpaksa melakukannya dalam terus menarik pemain untuk mencuba dan memainkan Fortnite di Android.

Muat-Turun Fortnite di Google Play Store



TIPS & ULASAN