Apple sebelum ini telah diperkatakan bakal hadir dengan dua variasi telefon pintar iPhone pada harga mampu milik. Versi yang pertama, telah pun diperkenalkan pada minggu lepas dibawah nama iPhone SE.
Dengan pelancarannya pada harga yang sangat kompetitif, iaitu bermula RM1999 – semestinya ramai yang menantikan variasi berskrin besar dengan harga lebih kurang sama.
Desas-desus sebelum ini telah mengatakan Apple akan hadir dengan penawaran skrin bersaiz sedikit besar, dan kini laporan penganalisa baru hadir mengatakan Apple mungkin memperkenalkan iPhone SE Plus sekitar pertengahan kedua 2021 kelak.
iPhone SE Plus ini dijangka hadir dengan skrin sekitar 5.5-inci atau 6.1-inci, dan turut hadir dengan Touch ID. Info penuh masih tidak diketahui lagi, tetapi tidak mustahil ia meminjam rekaan iPhone 8 Plus sebelum ini.
Sebelum ini, desas-desus awal mengatakan ia mungkin diperkenalkan pada suku pertama 2021, tetapi kini ia diperkatakan mungkin mengalami sedikit kelewatan dan hanya dilancarkan pada pertengahan kedua tahun hadapan.
Seperti biasa, pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan desas-desus ini buat masa ini.