Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Dilancarkan di Malaysia Pada Harga Bermula RM2799

Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Dilancarkan di Malaysia Pada Harga Bermula RM2799

Diterbitkan pada Apr 22, 2020 oleh .

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro akhirnya ditawarkan di Malaysia dengan pra-tempahannya dibuka hari ini sehingga 30 April. Kedua-dua peranti yang dipasarkan di Malaysia adalah versi yang sama seperti yang dilancarkan untuk pasaran global. Ini bermakna ia mempunyai sokongan 5G secara terbina. Di Malaysia Xiaomi Mi 10 ditawarkan pada harga bermula RM2799 manakala Xaiomi Mi 10 Pro pula pada harga RM3899 sebuah.

Xiaomi Mi 10 menggunakan skrin 6.7-inci AMOLED 90Hz, dijana Snapdragon 865 dan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman dari 128GB sehingga 256GB, bateri sebesar 4,780mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W

Untuk kamera, lensa utama adalah 108MP 1/1.33″ 7p 4-dalam-1 1.16um OIS + 2MP sensor kedalaman f/2.4 + 2MP lensa makro f/2.4 2-10cm + 13MP lensa sudut ultra lebar 123 darjash f/2.4. Kamera utama juga menyokong rakaman 8K dan lensa 108MP tadi adalah jenis ISOCELL dari Samsung. Untuk kamera swafoto, Xiaomi menggunakan lensa 20MP. Lain-lain, Xiaomi hadir dengan sokongan biasa seperti GPS, Hi-Res audio, sensor IR dan Bluetooth 5.0.

Sementara itu Xiaomi Mi 10 Pro pula dilengkapi skrin, 6.7-inci AMOLED  90Hz, dijana Snapdragon 865 dan dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman dari 256GB sehingga 512GB. Untuk bateri, Mi 10 memuatkan bateri dengan kapasiti hanya 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 50W.

Untuk kamera, lensa utama sedikit berbeza – 108MP 1/1.33″ 8p 4-dalam-1 1.16um OIS + 2MP sensor kedalaman f/2.4 + 2MP lensa makro f/2.4 2-10cm + 20MP lensa sudut ultra lebar 123 darjah f/2.4. Kamera utama juga menyokong rakaman 8K dan lensa 108MP tadi adalah jenis ISOCELL dari Samsung. Untuk kamera swafoto, Xiaomi menggunakan lensa 20MP. Selain itu ia turut hadir dengan sokongan biasa seperti GPS, Hi-Res audio, sensor IR dan Bluetooth 5.0.

Di Malaysia Xiaomi Mi 10 Pro dijual pada harga RM3899 untuk versi 8/256GB. Xiaomi Mi 10 pula dijual pada harga RM2799 untuk versi 8/128GB dan RM2999 untuk versi 8/256GB. Pra-tempahan telah dibuka dengan jualan bermula 1 Mei 2020. Bagi mereka yang melakukan pra-tempahan Mi 10 Pro, anda akan menerima Mi True Wireless Earphone. Pra-tempahan untuk Mi 10 Pro pula akan menerima Mi Smart Band 4 percuma.



TIPS & ULASAN