Cari @ Amanz

IFA Berlin 2020 Akan Diteruskan Dengan Beberapa Perubahan Baru

Oleh Nazrin

Link Copied!

Wabak pandemik COVID-19 telah menyebabkan pelbagai acara-acara teknologi terpaksa dibatalkan, ataupun diubah menjadi acara penstriman digital sahaja, dan senario ini nampaknya akan berterusan untuk sekurang-kurangnya setahun atau dua.

Kerajaan Berlin telah mengumumkan bahawa semua acara di bandar tersebut yang mempunyai pengunjung melebihi 5000 orang akan dibatalkan sehingga 24 Oktober 2021, dan salah satu daripada acara teknologi pengguna terbesar di dunia, iaitu IFA Berlin akan terkesan akibat keputusan itu.

Walaupun begitu, penganjur acara tersebut, gfu dan Messe Berlin berkata bahawa acara IFA Berlin pada tahun ini akan diteruskan, tetapi dengan beberapa perubahan yang drastik.

Melalui kicauan di Twitter, IFA Berlin akan diteruskan menggunakan konsep inovatif untuk memastikan jenama-jenama teknologi terkemuka dunia masih dapat menunjukkan produk-produk terbaru mereka.

Buat masa ini, tiada sebarang butiran khusus diberikan mengenai konsep ini, tetapi telah mengatakan bahawa perbincangan berada didalam peringkat lanjut dan ia akan dikongsikan apabila perbincangan tersebut siap kelak.


Komen ()