Cari @ Amanz

Sudah lebih sebulan kita terperangkap di dalam rumah. Kami yakin ramai yang mungkin mula merindui makanan kegemaran yang tidak boleh dimasak di rumah. Sekiranya anda seperti kami adalah peminat makanan dari restoran IKEA, berita baik hari ini ialah anda kini boleh memesannya terus ke rumah.

Antara makanan yang boleh ditempah ialah bebola daging  lembu Sweden, bebola daging ayam Sweden, ikan salmon dan karipap. Pesanan perlu dilakukan menerusi aplikasi Bungkusit dari jam 10 pagi sehingga 5 petang setiap hari. Kesemua pesanan akan menerima potongan 15% berbanding harga jualan biasa. Senarai harga dan menu lengkap boleh dilihat menerusi pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd