Cari @ Amanz

AMD Memperkenalkan CPU AMD Ryzen 3 3300X Dan 3100X Pada Harga Bermula RM499

Oleh Nazrin

Link Copied!

Jika anda sedang membina komputer AMD sekali lagi hadir dengan pilihan CPU desktop dengan harga mampu milik dengan pengumuman mengenai keluaran terbaru mereka, iaitu AMD Ryzen 3 3300X dan AMD Ryzen 3 3100X.

Kedua-dua CPU ini adalah berasaskan rekaan CPU AMD Zen 2 yang lain, dan hadir dengan sejumlah empat teras fizikal dan lapan bebenang kuasa. Selain dari itu, kedua-dua CPU ini juga boleh dilewahjam tanpa masalah, dan satu-satunya benda yang membezakan kedua-dua model ini ialah kelajuan asas dan lewahjam CPU.

Kelajuan asas CPU AMD Ryzen 3 3300X ialah 3.8GHz, dan ia boleh dilewahjam ke 4.3GHz, manakala CPU AMD Ryzen 3 3100X mempunyai kelajuan asas 3.6GHz dan boleh dilewahjam sehingga 3.9GHz. Kedua-dua CPU ini juga hadir dengan penyejuk Wraith Stealth yang berprofil rendah, senyap dan cukup berkuasa untuk mengalirkan haba daripada CPU ini.

Kedua-dua CPU ini boleh dibeli di kedai-kedai komputer tempatan, dimana AMD Ryzen 3 3100X ini berharga RM499, manakala CPU AMD Ryzen 3300X pula dijual pada harga RM549.


Komen ()