Nubia bukanlah satu jenama yang asing lagi dan mereka kini memperluaskan lagi penawaran peranti pintar keluarannya dengan memperkenalkan Nubia Play. Peranti ini dilihat menarik dengan sejumlah penawaran unggul dan teknologi terkini seperti sokongan rangkaian 5G, skrin dengan kadar segar semula 144Hz dan sebagainya.
Nubia Play hadir dengan paparan bersaiz 6.65-inci AMOLED dengan sokongan kadar segar semula sehingga 144Hz (kadar mengesahan sentuhan 240Hz). Ia dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 765G, sokongan penyejukan ICE2.5, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Peranti ini menyokong pengimbas cap jari tersedia di bawah skrin.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera utama 48-Megapixel IMX582 (utama) + 8-Megapixel (sudut lebar) + 2-Megapixel (Makro) + 2-Megapixel (Kedalaman). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan lensa tunggal sebesar 12-Megapixel. Melengkapinya, bateri berkapasiti 5,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W. Antaramuka digunakan adalah nubiaUI 8.0 berasaskan Android 10.
Nubia Play tersedia dalam tiga warna menarik seperti hitam, biru serta putih. Ia ditawarkan pada harga RMB2,399 (~RM1,488) untuk varian 6GB + 128GB, RMB 2,699 (~RM1,674) untuk varian 8GB + 128GB dan RMB2,999 (~RM1860) untuk versi 8GB + 256GB.