Carian
TM Hadir Dengan Pelan Unifi Mobile Untuk Pelajar – RM59 Sebulan, Tanpa Had Data, Tanpa Kontrak
April 22, 2020 Aman

Telekom Malaysia kini telah mengumumkan penawaran pakej mudah-alih baru khusus untuk pelajar, iaitu Pek Pelajar Unifi Mobile. Melaluinya, ia membolehkan para pelajar kekal berhubung dan menikmati e-pembelajaran dengan mudah dari-mana tanpa risau akan berkenaan penggunaan data.

Melalui pelan Unifi Mobile untuk pelajar ini, ia ditawarkan pada harga RM59 sebulan, dimana ia menawarkan akses data tanpa had, panggilan tanpa had, SMS tanpa had, dan juga penawaran hotspot 10GB LTE.

Menariknya mengenai penawaran ini adalah ia hadir tanpa kontrak untuk pelajar, sekaligus memudahkan pelajar untuk membatalkan langganan bila ia tidak diperlukan lagi.

Unifi Pek Pelajar

TM mengatakan mereka telah bekerjasama dengan MMU (Universiti Multimedia) untuk membekalkan lebih 13,000 pelajar, ahli fakulti dan kakitangan untuk memastikan e-pembelajaran dan pengajaran berlaku lancar sepanjang tempoh PKP ini.


TM turut mengatakan mereka telah bekerjasama dengan lebih 40 universiti awam dan swasta untuk penawaran ini, dan pelajar boleh mendapatkannya bermula 24 April 2020 kelak.

Pakej ini meliputi pelajar tempatan dan juga antarabangsa, peringkat ijazah dan sarjana. Anda hanya perlu pastikan mempunyai kad pelajar yang sah, dan emel rasmi universiti ketika pendaftaran pelan khas ini. Kad SIM untuk pendaftaran berjaya akan dihantar dalam tempoh sehingga 5 hari bekerja.

Komen