Cari @ Amanz

Bagi mereka yang menggunakan DXOMark sebagai kayu ukuran kemampuan kamera sesebuah telefon pintar, hari ini markah untuk Samsung Galaxy S20 Ultra akhirnya diterbitkan. Ia sekadar menerima markah keseluruhan 122 markah yang meletakkannya di tangga ketujuh peranti dengan kemampuan kamera terbaik.

Ini adalah enam mata di belakang Huawei P40 Pro+ yang menurut DXOMark adalah peranti yang terbaik di pasaran pada waktu ini. Galaxy S20 Ultra menerima 132 markah dalam kemampuan fotografi dan 102 markah untuk kemampuan videografi.

Pujian diberikan kepada kamera dengan penghasilan warna yang baik. julat dinamik yang tinggi dan hingar yang rendah. Kritikan diberikan kepada kemampuan zum malam yang perlahan dan kesan artifak apabila menggunakan mod zum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd