Carian
Anda Boleh Membayar Zakat Fitrah Selangor Secara Nirtunai Melalui Boost
April 22, 2020 Aman

Boost hari ini mengumumkan kerjasama dengan pihak Lembaga Zakat Selangor, sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran zakat fitrah terus melalui aplikasi dompet digital berkenaan.

Zakat Fitrah Boost

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan, kaedah pembayaran secara nirtunai ini merupakan salah satu kaedah yang lebih baik, termasuk mengekalkan penjarakkan sosial seperti digalakkan oleh pihak berkuasa.

Ciri pembayaran zakat harta telah pun boleh diakses oleh penduduk di Selangor, dimana anda hanya perlu memilih menu “Zakat” dan membuat pembayaran melaluinya dengan mudah.

Ciri Zakat Fitrah akan ditambah pada Boost bermula 24 April ini. Pengguna boleh membuat pembayaran dengan hanya menambah nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon bimbit.

Boost turut mengatakan yang mana selain Lembaga Zakat Selangor, mereka turut akan menyediakan pilihan pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Komen