Cari @ Amanz

Oppo Malaysia hari ini telah mengumumkan mereka bakal menawarkan satu lagi telefon pintar dibawah siri A, iaitu Oppo A92.

Buat masa ini, info penuh berkaitan dengan telefon pintar ini tidak diketahui lagi. Tetapi, mengikut gambar yang dikongsikan oleh Oppo Malaysia, ia dilihat menawarkan rekaan menyerupai Oppo A52 – sekaligus memberikan petanda ia mungkin adalah salah satu variasi Oppo A52 untuk pasaran tempatan.

Oppo A92

Oppo A52 sebelum ini telah diperkenalkan di China semalam, hadir dengan skrin 6.5-inci LCD, dijana cip Snapdragon 665, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia menyertakan skrin berlubang dihadapan, selain empat kamera pada bahagian belakang. Telefon pintar ini turut menggunakan bateri sebesar 5000mAh.

Ia tidak diketahui lagi sama ada penawaran Oppo A92 untuk pasaran tempatan adalah variasi Oppo A52 di China atau sebaliknya. Oppo Malaysia mengatakan bakal berkongsi lanjut mengenai penawaran telefon pintar ini dalam beberapa minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd