Cari @ Amanz

Kemaskini Digital Wellbeing Mengubah Nama Fungsi ‘Wind Down’ Kepada ‘Bedtime Mode’

Link Copied!

Wind Down adalah salah satu fungsi menarik dalam Digital Wellbeing. Ia memfokuskan kawalan penggunaan peranti ketika waktu untuk tidur. Antara fungsi yang ditawarkan adalah skrin menjadi hitam putih dan mengaktifkan Do Not Disturb. Terkini, Google telah menukar nama Wind Down kepada Bedtime Mode.

Dalam kemaskini aplikasi Digital Wellbeing v1.0.3, Google turut mengubah rekaan antaramuka dan ikon-ikon Bedtime Mode ini dan memperkenalkan fungsi baharu – iaitu pengaktifan mod ini ketika peranti sedang dicas. Dengan penambahan ini, Bedtime Mode hanya akan diaktifkan apabila tiba masa yang ditetapkan pengguna dam peranti sedang dicas. Jadi, bagi pengguna yang gemar mengecas peranti semalaman atau biarkan di atas pad pengecasan nirwayar – ini adalah fungsi yang sesuai.

Akhir sekali, jika pengguna menjeda masa Bedtime Mode diaktifkan – akan terdapat notifikasi pada talam notifikasi membenarkan pengguna menambah masa jeda 30 minit lagi. Pengguna turut boleh tambah seberapa lama yang mereka inginkan.


Komen ()