Samsung Galaxy Z Flip adalah peranti unik kerana ia boleh dilipat seperti telefon pintar clamshell awal dekad 2000. Oleh itu Samsung memperkenalkan Flex Mode yang membolehkan peranti diletakkan dalam bentuk L pada permukaan meja. Skrin akan terbahagi kepada dua dengan skrin atas menjadi skrin paparan utama. Aplikasi YouTube akhirnya telah dikemaskini semalam bagi menyokong Flex Mode.
Menerusi kemas kini ini, video yang ditonton akan dipaparkan dengan nisbah yang lebih baik. Skrin atas Flex Mode akan memaparkan hanya video dengan bahagian bawah pula hanya memaparkan komen serta maklumat lain video. Samsung dan Google bekerjasama bagi membawakan sokongan Flex Mode yang sempurna Bagi pemilik Galaxy Z Flip. sila kemas kini aplikasi anda hari ini. Selain YouTube, Flex Mode juga disokong pada Google Duo.