Cari @ Amanz

Realme kini memperluaskan lagi siri ‘Realme X’ dengan memperkenalkan Realme X50m 5G di China. Ia merupakan peranti kelas pertengahan yang menyokong rangkaian 5G dan siri ketiga selepas Realme X50 5G dan Realme X50 Pro 5G. Ia juga didatangkan dengan sejumlah ciri yang menarik seperti skrin dengan kadar segar semula yang tinggi, cip Snapdragon 765G dan banyak lagi.

Realme X50m 5G mempunyai paparan bersaiz 6.57-inci IPS LCD dengan skrin kadar semula 120Hz bersama paparan berlubang menempatkan dwi kamera hadapan. Ia dijana oleh cip pemproses Snapdragon 765G, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB UFS2.1.

Untuk kamera, ia menggunakan empat lensa di belakang dengan gabungan 48-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Rakaman swafoto pula adalah sebesar 16-Megapixel + 2-Megapixel yang juga menyokong lensa ultra sudut lebar. Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Sistem operasi digunakan adalah Realme UI berasaskan Android 10 secara terus daripada kotak. Tersedia dalam dua warna menarik seperti Starry Blue dan Galaxy White, peranti ini ditawarkan pada harga RMB1,999 (~RM1,231) untuk varian 6GB + 128GB. Manakala, RMB2,299(~RM1,416) untuk versi 8GB +128GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd