Black Shark hari ini telah mengumumkan penawaran FunCooler untuk pasaran tempatan, iaitu sebuah aksesori kipas penyejuk untuk telefon pintar. Versi bukan Pro ini masih menggunakan teknologi yang sama dengan yang Pro, iaitu penyejukan termoelektrik.
Dihubungkan melalui kabel USB, penyejuk ini dikatakan berupaya mengurangkan suhu peranti dalam masa dua saat – berbanding dengan versi Pro hanya satu saat. Selain itu, versi biasa tidak mempunyai kawalan melalui aplikasi, hanya mempunyai lima bilah kipas dan kelajuan kipas adalah 6000/min. Berbanding dengan yang Pro yang mempunyai 147 bilah penyejuk, versi biasa ini hanya mempunyai 91 bilah.
FunCooler ini akan ditawarkan secara eksklusif melalui Shopee dan Lazada bermula hari ini 23 April pada harga RM139.