Semasa pelancaran siri Mi 10 secara global, Xiaomi turut mengumumkan model kelas pertengahan Mi 10 Lite. Walau bagaimanapun, sewaktu pelancaran hanya harga dan sedikit spesifikasi sahaja yang dikongsi. Spesifikasi kamera tidak diketahui.
Kini, Xiaomi China telah mengacah serba sedikit spesifikasi kamera Mi 10 Lite. Kamera utama yang adalah dari jenis kuad-kamera dalam susunan matrik 2×2 menyamai Redmi Note 9s. Salah satu lensa adalah 48MP, lensa seterusnya adalah lensa periskop dengan sokongan 5x zum optikal, 10x zum hibird dan 50x zum digital. Modul kamera ini turut mempunyai OIS untuk memastikan kestabilan ketika zum. Butiran lanjut mengenai kamera Mi 10 Lite ini hanya akan didedahkan kelak, semasa pelancaran rasmi di China.