Cari @ Amanz

Objek Dalam Dunia Maya Kini Boleh Dipegang Menggunakan Sistem Wireality

Link Copied!

Teknologi realiti maya sudah dibangunkan sejak 1960an. Ya kami yakin ramai yang mungkin menganggap teknologi ini baru sahaja dibangunkan tetapi tidak. Sejak hari pertama lagi masalah sistem realiti maya ialah objek yang dipaparkan tidak boleh dipegang. Pelbagai penyelesaian telah dicipta seperti sut haptik. Terkini Carnegie Mellon Future Interfaces Group telah membangunkan pula Wireality.

Penyelesaian mereka adalah unik kerana menggunakan sistem wayar dan takal yang dipasang pada haru. Tujuh wayar disambungkan kepada jari, telapak tangan, dan pergelangan tangan. Apabila pergerakan tangan dihalang menggunakan wayar, ia memberikan ilusi jari memegang objek maya yang dilihat dalam set kepala.

Sistem Wireality ini menarik kerana tidak menggunakan tenaga yang banyak untuk beroperasi tetapi muncul pula halangan wayar yang mengehadkan pergerakan. Jadi buat masa ini dunia realiti maya tampak seperti di dalam novel Ready Player One masih memerlukan masih sebelum boleh digunakan.


Komen ()