Cari @ Amanz

Lenovo IdeaPad 5 Diperkenalkan – Dikuasakan APU AMD Ryzen 4000U

Oleh Nazrin

Link Copied!

Sejak beberapa minggu yang lalu, pelbagai jenama pembuat komputer riba telah memperkenalkan model-model baru, ataupun mengemaskini model sedia ada dengan pilihan untuk APU Ryzen 4000 terbaru keluaran AMD.

Terkini, tiba giliran Lenovo pula untuk memperkenalkan komputer riba baru yang menggunakan komponen tersebut, iaitu Lenovo IdeaPad 5. Siri IdeaPad biasanya dikenali ramai untuk komponen kelas pertengahan dan harga yang mampu milik berbanding dengan siri ThinkPad dan sebagainya, dan ia tidak berbeza disini.

IdeaPad 5 ialah komputer riba dengan  paparan bersaiz 15.6 inci yang mempunyai pilihan TN ataupun IPS dengan resolusi Full HD yang dikuasakan oleh APU AMD Ryzen 7 4800U yang mempunyai memori sebanyak 16GB, dan juga storan SSD sebesar 1TB.

Ia juga hadir dengan sokongan untuk sambungan WiFi 6 dan juga Bluetooth 5.1 dan Lenovo mengatakan bahawa ia boleh bertahan selama 15 jam dengan pengecasan penuh.

Lenovo IdeaPad 5 ini hanya tiba di pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom buat masa ini, pada harga bermula daripada $690 ataupun £406.


Komen ()