OnePlus 8 Pro Berharga Bermula RM3699 Di Malaysia, OnePlus 8 Bermula RM2899

OnePlus 8 Pro Berharga Bermula RM3699 Di Malaysia, OnePlus 8 Bermula RM2899

Diterbitkan pada Apr 23, 2020 oleh .

OnePlus telah pun memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka pada minggu lepas, dan hair ini, pihak OnePlus di Malaysia telah mengumumkan penawaran siri OnePlus 8 secara rasminya untuk pasaran tempatan.

Dua variasi peranti akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia, iaitu OnePlus 8 dan juga OnePlus 8 Pro.

OnePlus 8 Pro

OnePlus 8 Pro hadir dengan skrin 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan sehingga 256GB UFS 3.0. Ia turut dilengkapi bateri 4510mAh dengan pengecasan nirwayar, dan sokongan kalis air.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan empat kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel.

OnePlus 8

OnePlus 8 pula hadir dengan skrin 6.55-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 4300mAh.

OnePlus 8 pula hadir dengan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel.

OnePlus 8 dengan 8GB RAM dan 128GB storan akan ditawarkan pada harga RM2899, sementara versi 12GB RAM dan 256GB storan akan ditawarkan pada harga RM3299.

OnePlus 8 Pro versi 8GB RAM dan 128GB storan pula berharga RM3699, sementara OnePlus 8 Pro versi 12GB RAM dan 256GB storan pula berharga RM4099.

Pembelian peranti ini akan hadir dengan 2 tahun jaminan rasmi, selain perlindungan skrin selama setahun. Pra-tempahan boleh dilakukan bermula 24 April 2020 ini.

Pra-Tempah OnePlus 8 di Lazada

Pra-Tempah OnePlus 8 Pro di Lazada



TIPS & ULASAN