Cari @ Amanz

Vivo V19 Dilancarkan Di Malaysia – Dwi-Kamera Hadapan, Berharga RM1699

Oleh Aman

Link Copied!

Vivo Malaysia hari ini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Vivo V19. Telefon pintar ini hadir dengan dwi-kamera hadapan, dan ditawarkan di Malaysia pada harga RM1699.

Vivo V19

Vivo V19 hadir dengan skrin 6.44-inci, dijana cip Snapdragon 712, memori 8GB RAM dan storan 256GB.

Ia turut menggunakan empat kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 8MP (ultra lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Untuk rakaman swafoto pula, ia hadir dengan gabungan sensor 32MP + 8MP.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Di Malaysia, Vivo V19 ditawarkan pada harga RM1699.


Komen ()