Apple Sekali Lagi Dilaporkan Bakal Memasarkan Mac Dengan Cip Pemprosesan Tersendiri Bermula 2021

Apple Sekali Lagi Dilaporkan Bakal Memasarkan Mac Dengan Cip Pemprosesan Tersendiri Bermula 2021

Diterbitkan pada Apr 23, 2020 oleh .

Apple sebelum ini telah diperkatakan beberapa kali yang mana mereka akan menawarkan komputer Mac dengan menggunakan cip pemprosesan tersendiri. Terbaru, Bloomberg melaporkan gergasi perkomputeran berkenaan akan memasarkan Mac dengan cip pemprosesan utama tersendiri bermula pada tahun 2021.

Apple dikatakan sedang membangunkan tiga cip untuk Mac tersendiri, berasaskan kepada Apple A14 yang akan digunakan pada iPhone. Ia dilaporkan, salah satu daripadanya adalah lebih pantas berbanding cip pada iPhone dan iPad.

Mengikut rekaan awal, cip Mac pertama dikatakan akan menggunakan lapan teras utama berkuasa, dan empat teras efisien tenaga. Penggunaan cip baru ini juga dijangka akan membawa kepada pengenalan keluarga komputer riba baru – memandangkan cip pertama ini dijangka masih tidak dapat menyaingi prestasi dari cip Intel.

Langkah peralihan ini juga akan membuatkan Apple tidak lagi bergantung kepada Intel, sekaligus membolehkan mereka lebih mengawal prestasi yang ditawarkan berbanding pesaing lain di pasaran. Cip Apple ini dijangka akan dihasilkan menggunakan binaan 5nm.



TIPS & ULASAN