Bagi pengguna peranti Huawei terbaru, mungkin anda hanya bergantung pada kedai aplikasi Huawei AppGallery, dan inginkan sebuah aplikasi navigasi yang menarik. Sebagai alternatif untuk Waze atau Google Maps, kini anda boleh memuat-turun satu lagi aplikasi navigasi yang menarik, iaitu HERE WeGo.
Seperti ramai sedia maklum, HERE dibangunkan oleh pihak Nokia pada 2012 yang lepas, dan ia seterusnya telah dijenamakan semula dan beroperasi berasingan dibawah jenama HERE WeGo.
HERE WeGo hadir dengan fokus memudahkan navigasi dan mendapatkan informasi berkaitan pengangkutan awam serta teksi. Ciri muat-turun peta luar-talian juga turut disertakan pada aplikasi ini.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba HERE WeGo di Huawei AppGallery hari ini. Aplikasi ini juga turut ditawarkan melalui PlayStore dan AppStore secara percuma.