Cari @ Amanz

Beberapa hari lepas LG telah memperlihatkan rekaan siri baharu peranti baru – LG Velvet. Melalui siri ini, ia adalah strategi pemasaran baharu dan tidak lagi menggunakan sistem penamaan angka.

Terkini, terdapat laporan mengatakan yang siri LG Velvet mungkin akan menyokong aksesori skrin kedua LG – Dual Screen. Ini kerana, terdapat satu produk dengan nombor model LG LM-G905N disenaraikan sebagai aksesori “Portable screen cover”. Nombor model ini selari dengan nombor model yang dikatakan adalah LG Velvet, LG-G900N.

Walau bagaimanapun, berbeza dengan LG V60 – aksesori ini tidak akan disertakan dalam pakej belian LG Velvet. Sebaliknya, ia akan dijual secara berasingan.

Tambahan lagi, peranti ini turut akan menyertakan aplikasi bernama “Nebo” – iaitu aplikasi mengambil nota. Kenapa? Kerana peranti ini turut akan menyokong sokongan active pen. LG dilaporkan telah menyertakan pemacu IC Wacom Active Electrostatic (AES) pada skrin peranti dan juga aksesori Dual Screen. Ini bermakna, peranti ini boleh menyokong mana-mana stilus yang menyokong teknologi Wacom. Jadi, kita mungkin akan lihat pesaing Galaxy Note mungkin?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd