iQOO Neo3 5G akhirnya dilancarkan. Ia adalah alternatif kepada iQOO 3 yang lebih mesra poket. Siri iQOO Neo ini adalah peranti mercu mampu milik yang dijual pada harga serendah bawah RM2000.
iQOO Neo3 5G menggunakan skrin 6.57-inci IPS LCD, dengan sokongan paparan HDR10 dan kadar segar semula 144Hz. Ia dijana dengan Snapdragon 865 dan dipadankan dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Mengekalkan tema peranti gaming, terdapat 11 lapisan sistem penyejukan dan juga sistem kecerdasan buatan Multi-Turbo untuk prestasi tambahan.
Konfigurasi tri-kamera digunakan yang menggabungkan lensa 48MP + 8MP sudut ultra lebar + 2MP makro. Kamera swafoto adalah 16MP pada skrin berlubang. Bateri pula berkapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Super Flash Charge 44W. Melengkapkan spesifikasi peranti ini adalah dwi-mod 5G, pembesar suara stereo, WiFi 6 dan pengimbas cap jari di sisi.
Sistem operasi adalah iQOO UI yang berasaskan FunTouch OS Android 10. Terdapat dua warna pilihan, cerun biru cair dan biru gelap. Harga jualan bermula dari RMB2698 (~RM1665) untuk 6/128 GB dan mencapai sehingga RMB3398 (~RM2097) untuk 8/256 GB. iQOO Neo3 5G sememangnya adalah peranti mercu sebenar setakat ini.