Carian
Xiaomi Mungkin Hadir Dengan Telefon Boleh-Katup Seumpama Galaxy Z Flip
April 24, 2020 Aman

Samsung pada tahun ini telah pun mempopularkan telefon dengan rekaan skrin boleh-katup, iaitu Galaxy Z Flip. Selari dengannya, beberapa pengeluar telah diperkatakan akan hadir dengan telefon pintar seumpamanya, dan kini Xiaomi dilihat salah satu daripadanya.

Menurut laporan awal ZDNet, ia dikatakan Xiaomi telah meminta Samsung Display untuk menawarkan mereka dengan skrin boleh-lipat untuk telefon boleh-katup seumpama Galaxy Z Flip.

Ini sekaligus memberikan petanda Xiaomi bakal hadir dengan telefon pintar dengan rekaan seumpama Galaxy Z Flip. Selain Samsung, Xiaomi juga mungkin mendapatkan panel lebih kurang sama daripada LG Display.

Disamping itu, Xiaomi juga dijangka akan hadir dengan rekaan engsel yang lebih kurang sama, sekaligus membolehkan peranti digunakan ketika skrin pada beberapa sudut berbeza.

Sekiranya tepat, kita mungkin akan dapat melihat Xiaomi hadir dengan pesaing Galaxy Z Flip seawla penghujung tahun ini, atau pada 2021 kelak. Sama-sama kita berharap agar Xiaomi boleh menawarkan peranti seumpamanya pada harga yang lebih mesra poket.

Komen