Cari @ Amanz

Gboard Menguji Fungsi Menampal Teks Dengan Pantas Melalui Cadangan Papan Klip

Link Copied!

Gboard adalah aplikasi papan kekunci dari Google. Ia adalah papan kekunci yang ringkas, tetapi padat dengan ciri dan fungsi menarik, seperti GIF, membuat pelekat, carian Google dan banyak lagi. Gboard sedia terbina pada peranti seperti Pixel dan percuma di muat turun melalui Google Play Store untuk mana-mana peranti Android.

gboard_clipboard_suggestion_1

Terkini, Google telah menguji satu fungsi baru untuk papan klip mereka. Ia adalah menampal teks yang disalin dengan pantas melalui cadangan yang papan klip paparkan. Jika anda menyalin sesuatu teks dari laman web Amanz misal kata, anda tidak lagi perlu tekan beberapa saat untuk pilih tampal. Sebaliknya, sebelum mula menaip Gboard akan mencadangkan teks untuk ditampal. Fungsi ini buat masa ini hanya dalam ujian dan segelintir pengguna sahaja menerimanya.

Fungsi papan klip pada sesebuah aplikasi papan kekunci mula meluas selepas Samsung memperlihatkan kemampuan ini dalam peranti mereka. Apa-apa teks yang disalin atau pernah disalin boleh dilihat dalam papan klip pada papan kekunci untuk akses pantas oleh pengguna. Kini, Google turut mengembangkan lagi kemampuan papan klip pada Gboard.


Komen ()