Cari @ Amanz

Adakah anda pengguna Google Assistant? Jika ya, anda pasti pernah lalui latihan padanan suara yang perlu menyebut “Ok, Google” atau “Hey, Google” berkali-kali. Tahun demi tahun, antaramuka dan cara latihan ini dilakukan telah diubah.

Terkini, Google telah mengubah pula ayat-ayat yang perlu disebut ketika latihan. Perubahan ini adalah untuk padanan suara pada “Voice Match” agar lebih jitu. Jika sebelum ini hanya “Hey, Google”, kini pengguna perlu menyebut beberapa ayat penuh. Berikut adalah ayat-ayatnya;

  • Ok Google, play my workout playlist
  • Ok Google, where is the nearest post office?
  • Hey Google, remind me to buy flowers
  • Hey Google, what time is the sunrise?

Melalui ayat-ayat ini, Google akan lebih mudah mengecam suara pengguna dan tidak akan keliru dengan suara orang lain. Bagi pengguna sedia ada, anda boleh melatih semula Google untuk mengecam suara anda dengan lebih baik melalui “Teach your Assistant your voice again” pada tetapan Google Assistant > Assistant > Voice Match.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd