Carian
Instagram Sedang Membangunkan Ciri Memorialkan Akaun Pengguna Yang Meninggal Dunia
April 24, 2020 Effi Saharudin

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan akaun media sosial. Ini ialah perumpamaan moden yang boleh digunapakai sekarang. Sudah menjadi norma untuk pergi ke akaun media sosial si mati dan kemudian meninggalkan komen yang tak bisa dibaca mereka. Bagi memberikan notifikasi pengguna telah meninggal dunia, Instagram kini sedang menguji ciri Memorial bagi memperingati si mati.

Ciri  ini ditemui oleh Jane Manchun Wong yang tersohor dengan kemampuan menemui ciri baharu yang belum dilancarkan. Apabila pengguna meninggal dunia perkataan “Remembering” akan dipaparkan pada profil akaun berserta notifikasi akaun kini menjadi memorial lengkap dengan grafik bunga tanda berkabung. Apa yang dilakukan Instagram ini sama seperti ciri Tributes yang telah disokong Facebook sejak tahun lalu.

Apabila dihubungi pihak Instagram berkata ciri ini sedang dibangunkan kerana terdapat banyak kematian akibat Covid-19 sejak lebih sebulan yang lalu. Sebelum ini apabila pengguna meninggal dunia, akaun akan hanya dikunci dan tidak lagi boleh dilog masuk.

Komen