Cari @ Amanz

Pepijat Menyebabkan iPhone Dan iPad Tergendala Apabila Menerima Mesej Jawi Ini

Link Copied!

Telefon pintar di dalam tangan anda kini adalah sebuah komputer yang kompleks dengan jutaan baris kod program. Memandangkan ia ditulis oleh manusia dan bukaannya Ya Rabb, kesilapan dalam kod boleh menimbulkan pelbagai masalah. Terkini pengguna peranti iOS dan iPadOS melaporkan pepijat apabila menerima mesej yang mengandungi teks tulisan jawi di bawah.

Apabila diterima, peranti akan tergendala sehingga perlu dihidupkan semula untuk kembali berfungsi. Pepijat ini pada asalnya disebarkan menerusi Telegram sebelum didapati menimbulkan masalah apabila dihantar menerusi semua bentuk aplikasi pemesejan. Untuk menyelesaikan masalah ini untuk sementara waktu anda perlu mematikan sistem notifikasi peranti. Menurut laporan MacRumour, masalah ini telahpun diselesaikan pada iOS 13.4.5 yang sedang menjalani ujian Beta.

Ini bukan kali pertama pepijat seperti ini dilaporkan pada peranti iOS. Hanaya dua tahu yang lalu peranti iOS akan tergendala apabila teks dalam abjad bahasa Telugu dihantar. Apple kemudian memberikan kemas kini menampal pepijat ini dala masa hanya lima hari.


Komen ()