Cari @ Amanz

Seiring pelancaran siri Huawei Nova 7, Huawei turut memperkenalkan sebuah tablet kelas pertengahan baharu mereka dikenali sebagai Huawei MatePad. Peranti ini adalah versi yang lebih murah untuk Hauwei MatePad Pro dan disasarkan kepada golongan pelajar.

Peranti ini mempunyai skrin penuh bersaiz 10.4-inci IPS LCD dengan resolusi 2000 x 1200 pixel. Ia dijana oleh cip pemproses Kirin 810, memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Terdapat juga sokongan slot kad microSD yang boleh dikembangkan sehingga 512GB.

Melengkapinya adalah bateri berkapasiti 7,250mAh dengan pengecasan pantas berwayar 18W dan sokongan stylus Huawei M-Pencil. Tablet ini hadir dengan dua versi iaitu WiFi dan LTE. Ia turut menggunakan antaramuka EMUI 10.1 yang berasaskan Android 10.

Untuk penggambaran, tablet ini menawarkan kamera hadapan dan belakang sebesar 8-Megapixel. Aplikasi kamera mempunyai pelbagai ciri menarik termasuk HDR, time-lapse dan sebagainya. Tablet ini didatangkan dalam dua warna menarik iaitu putih dan biru.

Huawei MatePad ditawarkan dalam tiga varian iaitu versi Wi-Fi (4GB + 64GB) pada harga RMB1,899 (~RM1,173), versi Wi-Fi (6GB + 128GB) pula berharga RMB2,199 (~RM1,358) dan versi LTE (6GB + 128GB) pada harga RMB2,499 (~RM1,543).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd