Cari @ Amanz

Frasa yang kami yakin kerap digunakan apabila perlu mencari jawapan kepada persoalan ialah “cuba Google”. Ia adalah frasa yang acap kali didengari kerana Google ialah enjin carian terbaik dengan keputusan carian yang paling tepat. Namun begitu Google menyedari mungkin keputusan carian yang diberikan tidak semestinya menepati apa yang ingin dicari. Oleh itu notifikasi akan mula diberikan pada laman carian.

Keputusan carian yang tepat mungkin tidak dapat ditemui kerana ia adalah benda baharu sehingga masih belum berjaya disenaraikan mereka atau kerana ejaan yang kurang tepat.  Keputusan carian yang kurang menepati kriteria ini masih akan dipaparkan pada laman tetapi notifikasi akan diletakkan pada bahagian atas skrin sebagai amaran kepada pengguna. Pada waktu ini notifikasi ini hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat sebelum akan diperluaskan ke peringkat global secara berperingkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd