Cari @ Amanz

iPhone SE 2020 Disahkan Menggunakan Semula Majoriti Komponen iPhone 8

Link Copied!

Seperti yang kami katakan sebelum ini, iPhone SE 2020 hanya berkongsi nama dengan iPhone SE asal sedangkan ia sebenarnya lebih mirip sebuah iPhone 8. Tetapi video dari pengguna di China yang diterbitkan semalam mengesahkan iPhoe SE 2020 telah menggunakan semula komponen dari iPhone 8.

Antara komponen yang digunakan semula ialah bateri, skrin dan rekaan kerangka. Perubahan dilakukan seperti sedia maklum ialah pemproses (kini A13 Bionic bukan lagi A11 Bionic), modul WiFi, modul modem, RAM lebih besar, dan sensor kamera baharu. Bagi mengesahkan komponen yang sama digunakan, skrin sebuah iPhone 8 telah digantikan pada peranti baharu ini dan ia beroperasi tanpa masalah.

Apabila sebuah papan induk iPhone 8 pula dimasukkan ke dalam iPhone SE 2020, ia boleh dihidupkan dengan sistem audio beroperasi dengan baik. Tetapi apabila kamera ingin digunakan tiada imej dapat dipaparkan yang mengesahkan perubahan pada sensor kamera. Disamping itu sebuah lagi perubahan dilakukan pada sambungan bateri kepada papan induk.

Dengan penggunaan semula sebanyak mungkin komponen dari peranti yang telah berusia hampir tiga tahun, tidak mengejutkan harga jualan iPhone SE 2020 adalah amat mampu milik bermula dari RM1999 di negara kita.


Komen ()