Selain penawaran televisyen dengan rekaan menegak, pihak Samsung turut telah mula menawarkan televisyen The Frame 2020 mereka untuk pasaran tempatan.
Variasi 65-inci sahaja disenaraikan buat masa ini, dimana ia hadir dengan penawaran panel QLED, menyertakan skrin pada resolusi 4K, selain integrasi sejumlah ciri-ciri pintar.
Dengan rekaan seumpama bingkai gambar, ia sekaligus menjadikan The Frame turut boleh digunakan sebagai dekorasi yang cantik di rumah. Apatah lagi, ia turut hadir dengan sebuah mod khusus dinamakan Art Mode – yang memaparkan pelbagai gambar seni.
Buat masa ini, Samsung Malaysia hanya menyenaraikan penawaran versi 65-inci sahaja untuk The Frame (2020) ini, dimana ia ditawarkan pada harga RM10,999.