Carian
Aplikasi Ibadah Tracker Bantu Anda Rekod Aktiviti Sepanjang Ramadan
April 24, 2020 Amy Maizuraa

Dalam sedar atau tidak sedar, Ramadan kini tiba lagi. Bulan istimewa yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan kasih sayang. Dalam zaman serba urbanisasi ini, terdapat banyak aplikasi khusus untuk bulan Ramadan yang tersedia dalam memantau aktiviti ibadah.

Salah satunya adalah aplikasi Ibadah Tracker. Aplikasi ini dibangunkan bertujuan untuk merekod aktiviti ibadah secara sistematik dan data akan disimpan di dalam storan awanan. Pada asalnya, aplikasi ini merupakan sistem untuk merekod sahsiah pelajar di sekolah.

Namun kini, ia boleh digunakan oleh para ibu bapa untuk memantau aktiviti ibadah setiap ahli keluarga. Antara yang boleh dijejak ialah jumlah rakaat solat tawarikh, jumlah sedekah dan jumlah juzuk Al Quran yang telah dibaca sepanjang Ramadan. Sekaligus, mampu meningkatkan motivasi untuk terus bersemangat dalam melakukan ibadah. Di samping, bantu mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga sepanjang tempoh PKP ini.

Melalui aplikasi ini, pelbagai jenis ibadah boleh direkod termasuklah perlaksanaan solat – solat sunat, pembacaan Al-Quran, pemberian sedekah, bacaan kuliah dan banyak lagi. Menariknya lagi, setiap item boleh diubahsuai secara tanpa had (untuk pakej sekolah). Pada waktu ini aplikasi hanya ditawarkan untuk peranti Android tetapi versi iOS akan diterbitkan dalam masa terdekat.

Komen