Cari @ Amanz

Semalam, Google telah mengemaskini fungsi Voice Match pada Google Assistant untuk pengguna melatih semula suara mereka agar padanan suara adalah lebih jitu. Jadi, Google akan lebih mudah mengecam suara seseorang pengguna berbanding dengan orang ramai yang turut boleh mengaktifkan Google Assistant dengan mudah.

Terkini, Google turut memperkenalkan kawalan sensitiviti untuk seruan “Hey, Google”. Disebabkan pelbagai faktor berbeza, kadangkala seruan “Hey, Google” tidak akan mengaktifkan Google Assistant. Manakala, kadangkala ia turut boleh diaktifkan secara tidak sengaja jika mikrofon terdengar perkataan yang mirip dengan “Hey, Google”. Jadi, pengguna kini boleh mengubah sensitiviti kepada tahap lebih sensitif, biasa atau kurang sensitif. Setiap perubahan, tetapan turut akan dilakukan kepada semua peranti Google Assistant seperti pembesar suara atau juga paparan pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd