Carian
#GodamSahur Kembali Untuk 2020 – Luangkan Sejam Selepas Sahur Untuk Bangunkan Projek Anda
April 25, 2020 Aman

#GodamSahur merupakan salah satu inisiatif yang telah dimulakan pada tahun lepas oleh komuniti tempatan – termasuk Amanz. Kini, untuk tahun 2020, #GodamSahur diteruskan lagi selari dengan kehadiran bulan Ramadan.

#GodamSahur merupakan sebuah hackathon yang diadakan secara maya sepanjang bulan Ramadan. Melaluinya, para peserta akan boleh mendaftarkan diri, dan meluangkan masa sejam selepas sahur dalam pembangunan idea dan projek masing-masing.

Untuk tahun ini, #GodamSahur melihat kepada tiga topik utama – iaitu Kebudayaan, Kekeluargaan, dan juga Bakat. Seperti biasa, peserta juga bebas untuk membangunkan projek atau idea mengikut minat mereka tersendiri sepanjang #GodamSahur ini.

Bagi anda yang berminat, turut boleh menyertai program hackathon maya ini dalam membangunkan dan merealisasikan idea anda pada bulan Ramadan ini.

Komen